Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 9 Individu Sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit

$
0
0

SEREMBAN 27 MAY 2016. (For all) Antara barangan yang dirampas susulan penahanan sembilan individu termasuk tiga penjawat awam yang terbabit dalam sindiket pemalsuan sijil cuti sakit dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

 

SEREMBAN: Sembilan orang termasuk pasangan suami isteri yang dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan sijil cuti sakit, ditahan polis dalam operasi khas di Kuala Lumpur dan daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata operasi digerakkan selepas pihaknya menerima aduan pemilik sebuah klinik swasta bahawa sijil cuti sakit klinik itu dipalsukan.

Hasil siasatan awal, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 35 dan 36 tahun di Setapak, Kuala Lumpur serta merampas tujuh sijil cuti sakit yang mempunyai nama pelbagai hospital dan klinik pada 18 Mei lalu.

“Susulan itu, kita menahan lima orang termasuk tiga penjawat awam berusia 32 hingga 48 tahun yang disyaki menjadi pembeli sijil cuti sakit berkenaan di beberapa lokasi di sini.

“Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Paroi, malam kelmarin dan menahan pasangan suami isteri yang disyaki bertanggungjawab menjual sijil cuti sakit terbabit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 463 Kanun Keseksaan. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles