Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kanak-Kanak Ditemui Lemas Dalam Kolam Renang Hotel

$
0
0

lemas

 

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas di dasar kolam mandi dewasa sebuah hotel di Batu 9, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Mohamad Ashrad Hakim, dari Tanjung Malim, Perak, dipercayai masuk ke kolam itu tanpa pengetahuan ahli keluarga lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zainudin Ahmad, berkata kanak-kanak itu tiba di daerah ini bersama lima keluarga lain sejak semalam.

Katanya, pada mulanya kanak-kanak itu dilihat mandi bersama beberapa sepupunya di kolam kanak-kanak, manakala bapanya mandi di kolam dewasa.

“Bagaimanapun, bapanya kemudian menyedari anaknya hilang, menyebabkan mereka sekeluarga mencari di sekitar kawasan kolam sebelum menemui mayat kanak-kanak malang itu di dasar kolam dewasa,” katanya ketika ditemui di Hospital Port Dickson (HPD) di sini.

Zainudin berkata, kanak-kanak itu dikejarkan ke HPD dengan bantuan pihak hotel tetapi disahkan sudah meninggal dunia. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082