Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ketua Geng Samun Rem Sawit Ditembak Mati

$
0
0

Polisi Tembak Adiknya Sendiri Karena Warisan

 

IPOH – Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai ketua Geng Samun Rem Sawit dalam satu kejadian di Lebuh Raya Ipoh-Lumut di sini, malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 9 malam itu, sepasukan polis terserempak dengan suspek berusia 24 tahun yang sedang menunggang motosikal Honda EX5 sebelum memperkenalkan diri dan cuba menangkap suspek.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, suspek bagaimanapun secara tiba-tiba telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Dalam usaha mempertahankan diri, pihak polis bertindak membalas tembakan yang kemudiannya mengenai suspek dan terus rebah. Bagaimanapun tiada kecederaan melibatkan anggota polis.

“Suspek yang berasal dari Batu Gajah, di sini dikesan memilik sembilan rekod lampau berkaitan dadah, samun dan lain-lain jenayah selain turut dikehendaki dalam satu kes samun kenderaan di Kampar,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles