Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

37 Kakitangan Imigresen Kena Tatatertib Sabotaj MyIMMs

$
0
0

JABATAN_IMIGRESEN_MALAYSIA_copy.transformed_0

 

SEPANG: Jabatan Imigresen mengenakan tindakan tatatertib terhadap 37 pegawai dan kakitangannya yang terbabit melakukan sabotaj terhadap Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Sakib Kusmi, berkata daripada jumlah itu 15 dibuang kerja, 14 ditahan kerja dan lapan lagi ditangguh pergerakan gaji.

“Mereka adalah pegawai dan kakitangan daripada pelbagai skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu masuk utama negara.

“Jabatan Imigresen juga sedang dalam proses membuat pertukaran tempat bertugas 63 pegawai di pelbagai peringkat.

“Hasil siasatan dalaman Jabatan Imigresen mendapati aktiviti sabotaj ini bermula sejak 2010 yang membabitkan rangkaian didalangi ejen di luar negara dan menggunakan rakyat tempatan termasuk pegawai imigresen yang membantu dalam aktiviti sabotaj sistem MyIMMs,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, Jabatan Imigresen juga memasang snake q (barisan giliran pemeriksaan Imigresen) di balai ketibaan dan berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain mengkaji semula arahan tetap Ketua Pengarah atau Prosedur Operasi Standart (SOP) bagi mengekang penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran integriti di kalangan pegawai jabatan itu. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082