Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Treler Sambar Lelaki Sedang Tukar Tayar Kereta

$
0
0
bt_23.1

Sumber Kosmo

 

GOMBAK – Malang nasib seorang lelaki apabila dia dirempuh sebuah treler ketika menukar tayar keretanya dalam satu kejadian di Kilometer 436.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Rawang, dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.26 pagi itu, mangsa Shahzizi Mustafa, 28, maut di lokasi kejadian selepas mengalam kecederaan pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Ali Ahmad berkata, kejadian bermula apabila mangsa menghentikan keretanya di lorong kecemasan jalan tiga lorong itu untuk menukar tayar keretanya yang dipercayai bocor.

“Sebaik mangsa keluar dari keretanya, dia telah dirempuh oleh sebuah treler dari belakang menyebabkan dia tercampak ke longkang tepi jalan tersebut.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes masih dalam siasatan polis,” katanya. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082