Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Anak Durjana Belasah Ibu Bapa Sendiri

$
0
0

Penyanyi-Kahwin-Baru-Belasah-Isteri-Pertama-ROTIKAYA-1000x665

 

Alor Setar: Anak durjana. Itu ungkapan layak diberikan terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun apabila memukul ibu bapanya dengan kayu dalam kejadian di Kampung Telok Jamat, Mukim Tualang, Pokok Sena, di sini, Sabtu lalu.

Akibatnya ibu bapa malang masing-masing berusia 50 tahun itu cedera di seluruh badan dan muka sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 9 malam apabila mangsa menghalang anaknya daripada memukul isterinya yang sebelum itu berlaku pertengkaran antara mereka dipercayai akibat masalah rumah tangga.

Disebabkan berang dengan teguran ibunya, suspek memarahi wanita berkenaan sebelum bertindak menyiku muka mangsa sehingga terjatuh, selain mulutnya turut berdarah.

Bapa yang menyaksikan kejadian mahu menolong mangsa, namun ditolak suspek sebelum dipukul menggunakan kayu di tangan, peha dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, keadaan kedua-dua mangsa stabil dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebagai langkah keselamatan.

“Berdasarkan laporan, polis menahan suspek yang tidak bekerja jam 12 tengah hari ini (semalam) di sekitar Kampung Telok Jamat, di sini,” katanya. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082