Kejam. ia merupakan perbuatan orang yang tidak berhati perut dan berperikemanusiaan. Individu terbabit sanggup mendera seekor kucing dengan membakar ekornya manakala kakinya dikelar dan jari kucing itu dipotong.
Penganiayaan dan penyiksaan terhadap kucing ini telah dimuatnaik oleh Norashikin Ahmad yang juga `admin’ Shikin Shelter
Menurut Norashikin, ekor kucing itu sudah berulat dan sel-sel lain juga membusuk, justeru binatang berkenaan perlu menjalani pembedahan bagi membuang ekornya.
“Anggaran kos bagi rawatan termasuk ubat mencecah RM300-RM500 dan pembedahan ini juga berisiko kerana melibatkan saraf tunjang di belakang yang akan memberi kesan kepada kucing terbabit,” katanya yang dimuatnaik dalam Facebook Shikin Shelter.
Justeru Norashikin memohon pihak-pihak yang sudi membantu untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi membiayai kos pembedahan terbabit.