Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Selamatkan 7 Wanita Diperguna Dalam Sindiket Pelacuran

$
0
0

MELAKA 02 JUNE 2016. ( mm144m /  MB873N ) Antara wanita yang diselamatkan daripada sindiket pelacuran oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dalam Ops Pintas, di sebuah kedai gunting rambut di Taman Melaka Raya, Bandar Hilir. NSTP/NUR SALIAWATI SALBERI

 

MELAKA: Polis Melaka menyelamatkan tujuh wanita dipercayai dipergunakan dalam sindiket pelacuran di sebuah kedai gunting rambut di Taman Melaka Raya, Banda Hilir, di sini, petang semalam.

Semua wanita itu masing-masing empat warga Vietnam, Indonesia (2) dan seorang rakyat tempatan berumur lingkungan 29 hingga 47 tahun itu berjaya diselamatkan dalam operasi khas, Op Pintas oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, kira-kira jam 5 petang.

Turut diselamatkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ketika itu bersama ibunya warga Indonesia.

Bagaimanapun, polis menahan tiga warga tempatan masing-masing dua lelaki berumur 44 dan 60 tahun termasuk seorang wanita disyaki ‘ibu ayam’ berusia 49 tahun, yang dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan di premis terbabit sejak 10 tahun lalu.

Turut dirampas, sebuah telefon bimbit Nokia, dua komputer riba dan tablet jenama Samsung serta barangan yang digunakan untuk kegiatan itu.

Menurut sumber, suspek dipercayai menggunakan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan lelaki yang mahu menggunting rambut di premisnya.

“Jika pelanggan bersetuju, suspek akan membawa mereka naik ke tingkat atas premis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan serbuan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082