Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Seorang Maut Setelah Bas Ekspres Merempuh MyVi

$
0
0

YONG PENG 31 DECEMBER 2015. Pasukan bomba sedang mengawal kebakaran sebuah bas ekspres yang rentung tebakar di Yong Peng. Foto ihsan Bomba

BATU PAHAT: Seorang pemandu kereta maut manakala 21 cedera ringan selepas sebuah bas ekspres merempuh Perodua Myvi sebelum kedua-dua kenderaan terbakar di Kilometer 124.5 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan berhampiran Yong Peng, malam ini.

Dalam kejadian itu jam 8.50 malam, semua 21 penumpang bas ekspres berkenaan dapat menyelamatkan diri.

Kereta itu dipercayai berhenti di laluan kecemasan sebelum masuk semula ke lebuh raya secara tiba-tiba sehingga dirempuh bas terbabit yang tidak sempat mengelak.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Lazim Abd Rahman, berkata sebuah jentera bomba bersama lapan anggota dikerah ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 8.53 malam.

“Setibanya di lokasi, api sedang marak membakar keseluruhan bas ekspres serta kereta terbabit sebelum anggota berusaha memadam kebakaran.

“Penumpang yang terdiri daripada 14 lelaki dan tujuh perempuan sempat menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan.

“Bagaimanapun seorang lelaki yang memandu kereta Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Hinga kini operasi pemadaman masih dijalankan,” katanya. – BH


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082