Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kilang Kasut Terbakar Di Taman Shamelin Perkasa

$
0
0

13329496_485066211698846_7371262851425375379_o

 

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang kasut di Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini terbakar semalam yang dipercayai turut memusnahkan stok kasut untuk hari raya.

Kejadian pada jam 2 petang itu disedari seorang kakitangan kilang yang mahu memeriksa stok kasut yang baru tiba bagi digunakan untuk Aidilfitri.

Pengurus kilang berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Poh, 40, berkata, pekerja tersebut telah terhidu asap kuat dari tingkat atas kilang tersebut.

“Dia lalu pergi ke tingkat atas dan terkejut apabila melihat api sedang marak diikuti asap tebal. Dia kemudian menelefon pihak bomba,” katanya kepada pemberita.

Kilang tersebut telah beroperasi selama enam tahun.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Pudu, Abu Hassan Abdul Rahman berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian atas pejabat kilang berkenaan.

“Kilang itu amat besar dan kami mengambil masa yang lama untuk memadam api kerana kebakaran merebak ke bahagian tempat penyimpanan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik,” katanya.

Beliau berkata kilang berkenaan terbakar lebih 80 peratus. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082