IPOH: Seorang warga emas perempuan berumur 62 tahun yang sedang menjalani rawatan mental di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) maut dipercayai dibunuh oleh seorang lagi pesakit di hospital berkenaan, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Gan Tian Kee, berkata kejadian itu sedang disiasat.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 malam itu, pihak polis menahan suspek wanita berusia 22 tahun,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. – BERNAMA