Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Mayat Warga Emas Ditemui Dipercayai Dibunuh

$
0
0

ilustrasi-mayat-5699d17df77e6167058c565a-2-1

 

JASIN: Seorang warga emas maut dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di tepi jalan Simpang Gading ke Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, Muhammat Nekmat, 66, yang menetap di Kesang, di sini, dalam perjalanan untuk bekerja sebagai tukang kebun di sebuah resort golf di Ayer Keroh.

Mangsa ditemui oleh dua orang awam dalam keadaan tertiarap di sisi motosikal jenis SYM yang menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan ambulans kerana menyangka mangsa terbabit kemalangan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, berkata sebaik pasukan ambulans tiba di tempat kejadian, mangsa dikenal pasti bukan terbabit dalam kemalangan berdasarkan kecederaan dialaminya menyebabkan polis dipanggil untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati ada banyak kesan cedera pada bahagian hadapan badan mangsa. Berdasarkan kesan kecederaan suspek dipercayai menggunakan senjata tajam. “Bagaimanapun polis belum menemui senjata di lokasi kejadian.

Pada masa yang sama, dompet serta beberapa barang milik mangsa masih ada bersamanya di tempat kejadian.

“Buat masa ini, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini.

Sementara itu, Sampornak meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi maklumat dengan menghubungi IPD Jasin di talian 06-529 2222.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082