Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Warga Indonesia Ditahan Buat Pinjaman Bank Guna MyKad Palsu

$
0
0

KOTA KINABALU 10 JUNE 2016. ( KKM004W ) Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Kominisioner M. Chandra (kanan) menunjukkan salinan MyKad palsu yang digunakan suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. STR/MOHD ADAM ARININ.

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai membuat pinjaman bank dan memohon kad kredit menggunakan MyKad yang dibelinya sejak lima tahun lalu.

Suspek berusia 41 tahun bekerja sebagai penyelia ladang di Beluran itu ditahan pada 4 Jun lalu, susulan laporan polis oleh seorang lelaki berusia 42 tahun yang menerima penyata hutang lebih RM19,000 dari dua bank berasingan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata susulan laporan dibuat pada awal Februari lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu giat menjalankan siasatan serta risikan.

“Hasilnya, kita menahan suspek dan merampas MyKad digunakannya untuk melakukan semua pinjaman terbabit dan pemeriksaan mendapati salinan MyKad itu sama dengan nama, alamat, serta tarikh lahir pengadu.

“Polis mendapati suspek membeli MyKad palsu berkenaan daripada sindiket di Sandakan berharga RM1,000 pada tahun 2011,” katanya di sini.

Chandra berkata, siasatan mendapati suspek melakukan dua urusan bank selama menggunakan MyKad itu iaitu pinjaman membeli kereta PERODUA Kembara bernilai RM30,000 dan satu permohonan kad kredit.

“Kita masih menyiasat bagaimana suspek terlepas ketika melakukan urusan di bank sedangkan MyKad digunakan adalah palsu,” katanya sambil menambah suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 402 dan Seksyen 419 Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082