Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pemandu Teksi Berkumpul Di Penang Port Bantah Uber Car

$
0
0

PENANG 11 JUNE 2016. Sebahagian daripada pemandu teksi menahan salah seorang pemandu Uber di kawasan  Penang Port dekat Jalan Lebuh Pantai malam tadi dan mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai bagi siasatan lanjut. NSTP/MIKAIL ONG

 

GEORGETOWN: Lebih 30 pemandu teksi berkumpul di Penang Port, di sini, semalam sehingga mencetuskan kekecohan selepas tidak berpuas hati dengan pemandu Uber yang turut beroperasi mengambil penumpang di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kekecohan dipercayai berlaku disebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu teksi terhadap pemandu Uber yang bersaing mendapatkan penumpang.

Berdasarkan maklumat, kekecohan berlaku kira-kira 35 minit bagaimanapun dapat dikawal selepas sepasukan anggota polis tiba di lokasi bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.

Kehadiran polis di lokasi kejadian berjaya meleraikan kekecohan yang berlaku dengan sekurang-kurangnya enam pemandu Uber dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk diambil keterangan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082