Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

JAIM Tahan 19 Individu Tidak Berpuasa

$
0
0

MELAKA 06 JUNE 2016. ( MB885N / JAIM / MM172M ) Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani (tengah) menegur seorang lelaki yang didapati tidak berpuasa ketika anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjalankan Ops Ramadan di Jalan Tun Ali. STR/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

 

MELAKA: Operasi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sejak awal Ramadan hingga hari ini menahan 19 individu yang didapati tidak berpuasa di seluruh negeri ini.

Terbaru dalam operasi yang dijalankan di sebuah restoran di Bukit Beruang di sini, antara jam 11.15 pagi hingga 12 tengah hari tadi, jabatan berkenaan mengeluarkan notis saman kepada tiga individu yang didapati menjual dan membeli makanan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani, berkata ketiga-tiga lelaki berusia 30-an itu diberikan notis hadir ke pejabat JAIM untuk diambil keterangan.

“Jika sabit kesalahan, mereka yang tidak berpuasa boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara bagi kesalahan pertama, manakala denda RM2,000 atau setahun penjara bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, hukuman dan denda itu adalah mengikut peruntukan Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.

Sementara itu, Rahimin berkata, dalam operasi disertai 16 anggota pihak berkuasa itu, sebanyak 42 premis makanan diperiksa termasuk yang diuruskan pemilik bukan Islam kerana didapati menjadi tumpuan umat Islam yang tidak berpuasa.

“Pemeriksaan dilakukan di sekitar kawasan Ayer Keroh, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Taman Tasik Utama, Batu Berendam, Bukit Beruang, Melaka Baru, Sungai Putat dan Taman Bunga Raya,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082