Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ibu Bapa Mahu Serahkan Amirah Kepada JKM

$
0
0

image

PUTRAJAYA: Gadis berumur 14 tahun, Nur Amirah Atirah Abdul Majid yang mendakwa menjadi mangsa culik baru-baru ini, akan diserahkan untuk jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapat permintaan daripada ibu bapanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, keputusan untuk menyerahkan remaja tersebut di bawah jagaan JKM juga dibuat atas faktor keselamatan selepas kisahnya yang mendakwa diculik menjadi viral di Internet sejak beberapa hari lalu.

Baru-baru ini, Nur Amirah Atirah mendakwa telah diculik oleh dua lelaki India di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang apabila rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong daripada kakak angkatnya tersebar menerusi media-media sosial.

image

Bagaimanapun, siasatan polis berjaya menemukan gadis itu yang sebenarnya melarikan diri dari keluarga untuk mengikut teman lelaki yang baru dikenalinya. – Utusan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082