Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

FBI Tidak Berminat Menyiasat 1MDB Dan Filem Box Office

$
0
0

1385420801_WolfWallStreetPoster2

DEMI menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab telah cuba membesarkan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kearah skop penerbitan filem.

Ada pihak-pihak tertentu telah mengaitkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kononnya sedang menyiasat produksi filem “The Wolf of Wall Street” yang juga turut melibatkan 1MDB.

Namun begitu, menurut sumber dalaman, FBI langsung tidak berminat untuk menyiasat kemungkinan wujud kaitan diantara 1MDB dalam penerbitan filem The Wolf of Wall Street tersebut seperti yang digembar gemburkan sesetengah pihak.

Sebelum ini Najib Razak juga pernah menggesa Ketua Audit Negara mengesahkan sama ada dana 1MDB diguna atau tidak untuk membuat filem ‘The Wolf of Wall Street’ yang didakwa dikaitkan dengan Riza Aziz iaitu anak tiri kepada Najib.

Malah, lebih mengeruhkan keadaan ini ia juga turut dipersoalkan oleh Tun Dr Mahathir. Namun, akhirnya terbukti dakwaan tersebut adalah cerita rekaan semata-mata.

“Ini antara perkara yang perlu ditentukan dalam laporan ketua audit negara dan seterusnya disahkan oleh PAC,” kenyataan Najib pada program Edisi Khas Soal Jawab TV3, tahun lalu ketika ditemubual pengacara Hamdan Ahmir.

Riza Aziz, merupakan seorang penerbit filem di Amerika Syarikat dikatakan ada kaitan dengan ahli perniagaan Jho Low yang turut dikaitkan mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB.

Selain daripada itu juga Peguam kepada penerbit filem The Wolf of Wall Street ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyaman blogger Clare Rewcastle Brown kerana menulis kaitan filem itu dengan anak tiri Najib Razak dan mengaitkan ia dengan 1MDB.

Filem yang dilakonkan oleh pelakon terkenal, Leonardo Dicaprio diterbitkan pada 2013 itu mengisahkan tentang kehidupan sebenar seorang broker saham, Jordan Belfort yang terbabit dalam rasuah dan penipuan di Wall Street.

Filem yang menelan belanja lebih AS$100juta (RM430 juta) itu mendapat pujian pengkritik filem dan mendapat lima pencalonan dalam Anugerah Akademi ke 86.

Untuk makluman, filem ini turut meraih keuntungan yang tinggi dan ia juga merupakan satu kejayaan “box office” dengan memperolehi USD 390 juta disamping USD 40 juta dalam jualan DVD.

Kini pembangkang dilihat kehilangan punca dan “storyboard” sehingga memaksa mereka “recycle” cerita lama untuk menghangatkan suasana.

Dan Wall Street Journal (WSJ) tetap terpilih sebagai medium untuk menyebarkan fitnah mereka. Kini kredibiliti WSJ telah tercalar dengan teruk. Hampir mustahil untuk kita percaya kepada berita yang mereka keluarkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082