Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Maut Kereta Terbabas Langgar Tiang Elektrik

$
0
0
bt_05.1

Sumber Kosmo

 

ALOR SETAR – Seorang remaja berusia 17 tahun maut manakala rakannya cedera parah apabila kereta dinaiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Titi Gajah, Kepala Batas di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Syahir Hakimi Mat Zali (gambar kecil) yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Alor Setar meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Rakannya, Muhammad Nazirul Izzat Ahmad Nozlan, 17, dilaporkan patah tangan kanan dan luka di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki dua mangsa itu dalam perjalanan dari arah Kepala Batas menghala pusat bandar Alor Setar.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, akibat kejadian itu, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles