Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penjenayah Curi Lembu Sumbat Dalam Proton Wira Terbabas Ketika Dikejar Polis

$
0
0
ne_09.1

Sumber Kosmo

 

KEMAMAN – Niat jahat dua penjenayah untuk mencuri seekor lembu dengan cara menyumbatnya ke dalam sebuah kereta Proton Wira tidak kesampaian apabila kenderaan itu terlibat dalam kemalangan di Kampung Baru Kerteh semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, kereta yang dipandu salah seorang suspek dikejar oleh sepasukan polis bantuan dengan sebuah kereta peronda sebelum kenderaan itu terbabas ketika melalui sebuah selekoh tajam di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sebelum itu, kereta tersebut dan sebuah lagi kereta Honda Accord telah dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis bantuan yang sedang melakukan rondaan di kawasan tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit di Felda Kertih 6, Bandar Ketengah Jaya, Dungun.

“Kedua-dua kereta berkenaan kemudiannya bertindak memecut laju selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa. Selepas dikejar hampir 25 minit, salah sebuah kereta dinaiki penjenayah terbabit telah terbabas di Kampung Baru Kerteh dekat sini.

“Begitupun, lelaki yang memandu kereta Proton Wira itu berjaya meloloskan diri di kawasan belukar berhampiran. Pemeriksaan di dalam kereta tersebut kemudiannya menjumpai seekor lembu yang telah disumbat di bahagian tempat duduk belakang,” katanya. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles