Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Datuk Seri Pemandu Ferrari Tampil Jalani Ujian Alkohol

$
0
0

FERARRI-DATUK-SERI-3

 

Seorang pemandu kereta Ferrari bergelar Datuk Seri yang melarikan diri selepas melanggar sebuah kenderaan di Jalan Tun Razak di sini semalam, tampil di balai polis pada petang yang sama untuk menjalani ujian alkohol.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, lelaki yang berusia 29 tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan, dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta Proton Preve yang datang dari arah bertentangan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Shafie Daud berkata, lelaki itu telah tampil di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada petang hari yang sama untuk menjalani ujian alkohol, dan menambah, pihaknya turut menerima laporan berhubung kejadian daripada pemandu Proton Preve yang merupakan seorang wanita berusia 52 tahun.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan kereta Proton Preve itu mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala kereta Ferrari itu remuk di bahagian hadapan.

“Kedua-dua pemandu tidak cedera dalam kejadian itu sementara kenderaan mereka telah ditunda ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sambil memberitahu pemandu Ferrari dibenarkan pulang selepas diambil keterangan. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082