Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Parah, Hampir Mati Disembelih Akibat Dendam Lama

$
0
0

21hm8c_1466473568

 

Kuala Lumpur: Masih hidup walaupun leher disembelih hingga parah. Itu yang berlaku apabila mangsa dikelar sekumpulan lelaki dipercayai akibat dendam lama.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa dipercayai diserang sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan ke kedai berhampiran rumahnya di Ayer Panas, Setapak, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pergaduhan sebelum ini.

“Polis menerima laporan daripada seorang lelaki dipercayai rakan mangsa memaklumkan lelaki berusia 21 tahun itu parah selepas diserang beberapa lelaki.

“Polis bergegas ke lokasi dan menemui mangsa di lokasi kejadian berlumuran darah dan cedera di leher,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada pergelangan tangan serta dada akibat ditetak dengan senjata tajam.

“Hasil soal siasat terhadap rakan mangsa, polis mendapati mereka berdua dalam perjalanan ke kedai sebelum diekori beberapa lelaki.

“Kumpulan penjenayah bersenjatakan parang itu menyerang mangsa sebelum melarikan diri. Rakannya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Polis percaya kejadian ada kaitan dengan insiden sebelum ini dan kumpulan penyerang mahu membalas dendam.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, polis kini giat memburu suspek dan yakin menahan mereka dalam masa terdekat.

“Kami yakin ada tangkapan pada hari ini (semalam), justeru segala perkembangan semasa akan dimaklumkan kepada media. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082