Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Maut Kereta Bertembung Treler

$
0
0

whatst.transformed

 

DUNGUN : Pemuda maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 72.9, Jalan Jerangau-Jabur depan Pusat Koreksional Bukit Besi, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.10 malam itu, Syed Roslim Syed Ali, 26, berasal dari Batu Tiga, Jalan Air Putih Kemaman meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa dari arah Ajil ke Bukit Besi dipercayai terbabas ke kanan jalan.

Sebuah treler yang membawa kelapa sawit dipandu M Zaidi Long, 37, dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh kereta mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Jas Wari Awang berkata, sepasukan enam anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya, anggota Bomba mengambil masa selama 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.

“Jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082