Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lori Terbalik Terbabas Langgar Papan Tanda

$
0
0

SHAH ALAM 25 JULY 2016. Sebuah lori tanpa muatan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Elite laluan sebelah kanan terhalang dari arah utara ke selantan. EHSAN PEMBACA

 

Shah Alam: Pemandu sebuah lori cedera apabila kenderaan tanpa muatan dipandunya hilang kawalan lalu terbalik dalam kemalangan di Kilometer (KM) 3, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas lebih dua kilometer.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, laporan awal kemalangan itu mendapati lori dipandu lelaki berusia 30-an itu terbabas dan melanggar papan tanda di arah bertentangan.

“Berdasarkan siasatan, lori dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum memasuki lorong bertentangan dan terbalik.

“Bagaimanapun, tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu manakala pemandu lori berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Shafien berkata, operasi pembersihan jalan dan papan tanda serta kerja mengalihkan lori berkenaan dijalankan pekerja Lebuhraya Elite.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082