Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Militan Rekrut Pengikut Guna Permainan Online

$
0
0

image

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kumpulan militan yang bertopengkan Islam dipercayai menggunakan permainan komputer online bagi merekrut anggota baharu di seluruh dunia.

Yang Dipertua Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, taktik yang digunakan kumpulan militan yang menganut fahaman ‘khawarij’ itu dikesan di Arab Saudi tahun lalu.

Menurut beliau, kumpulan terbabit menyasarkan remaja berusia 15 tahun ke atas bagi menyebarkan doktrin keganasan melalui permainan komputer online yang berunsur strategi dan peperangan.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada rakan-rakan saya di Arab Saudi, taktik tersebut turut digunakan bagi membina rangkaian komunikasi dalam kala­ngan ahli-ahli kumpulan militan.

“Kami berharap pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau dan menghalang permainan komputer online yang didalangi kumpulan militan daripada memasuki negara ini,” katanya dalam sidang akhbar anjuran Ikatan Alumni Pelajar Arab Saudi (IAS) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fathul Bari memberitahu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Institut Menangani Pe­ngaruh Khawarij (Impak) akan ditubuhkan bagi menangani penularan ideologi ekstremis yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Beliau menambah, peranan Impak melampaui batasan politik dan lebih bertumpu kepada membantu kerajaan dari segi penyelidikan tentang keganasan.

“NGO yang bakal dipengerusikan oleh saya sendiri ini juga bertujuan merungkai kekeliruan yang timbul ekoran kecenderungan mengaitkan aliran tertentu dalam Islam dengan ekstremisme dan keganasan,” jelasnya.

Fathul Bari berkata, penyelidikan akan dijalankan oleh Impak secara berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana fahaman.

Beliau menjelaskan, penubuhan Impak bakal direalisasikan dalam masa terdekat dan NGO itu akan dianggotai oleh tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang masing-masing.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082