Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Didenda Bantu Edar Iklan Ah Long

$
0
0

mahkamah-

 

Johor Bahru: Seorang remaja didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tidak berlesen, bulan lalu.

Majistret Noor Aisyah Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Gan Kah Seng, 18, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengedar 339,000 kad atau risalah serta 7,536 banner atau banting berhubung pinjaman wang tidak berlesen.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di No 23, Jalan 11/30, Perjiranan 11, Bandar Dato’ Onn di sini, kira-kira 8.30 pagi, 21 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fithril Hakim Ab Jalil manakala tertuduh diwakili peguam Goh Sze Han.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles