Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Maut Kereta Bertembung 4WD

$
0
0

image

 

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer 3 Jalan Tanjung Sedili – Sedili Kecil, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.09 petang itu menyebabkan mangsa, Tey Teng Soon, 49, beralamat di Jalan Serikaya 11, Segamat Baru maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan melibatkan Proton Saga dipandu mangsa dengan sebuah Toyota Hilux.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Saga yang menghala ke Sedili Kecil dari Tanjung Balau telah memasuki haluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang menghala ke Tanjung Balau dari arah Sedili Kecil.

“Akibat dari kemalangan itu pemandu Proton Saga telah meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

“Manakala pemandu pacuan empat roda berusia 44 tahun beralamat di Larkin tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah Rahmat, hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan dua hala yang berselekoh dan terdapat garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.

Katanya, permukaan jalan ketika kejadian kering dan cuaca baik manakala kawasan persekitaran merupakan hutan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082