Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Siasat Laporan Kes Culik Di Perairan Sabah

$
0
0

esscson.transformed

 

SANDAKAN: Pasukan keselamatan sedang menyiasat laporan seorang tekong sebuah kapal tunda dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Kertam, Kuala Kinabatangan, dekat sini.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku Rabu lalu, namun laporan polis mengenainya hanya dibuat semalam.

Sumber memberitahu BH, mangsa yang juga tekong kapal pukat tunda bersama dua awak-awak berada di perairan terbabit untuk menangkap ikan sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjata yang memintas kapal mereka.

Kumpulan bersenjata terbabit kemudian melarikan tekong berkenaan yang juga warga Indonesia dengan sebuah bot laju, manakala dua awak-awak itu ditinggalkan di kapal berkenaan.

Difahamkan, dua awak-awak terbabit kemudian mengemudi kapal pukat tunda itu ke Sandakan sebelum mereka membuat laporan polis. “Kapal berkenaan bersama dua awak-awak terbabit kini ditahan di Pangkalan Polis Marin (PPM) Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Khalid, ketika dihubungi berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian, namun enggan mengulas lanjut.

Sejak beberapa bulan lalu, kumpulan penculik dari selatan Filipina mula menyasarkan mangsa dalam kalangan pengguna perairan di pantai timur Sabah, khususnya kru kapal tunda dan kapal nelayan berikutan mereka adalah sasaran mudah berbanding di kawasan daratan.

Pada 1 April lalu, empat kru kapal tunda dari Sarawak, diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Lingitan berhampiran Semporna sebelum dibebaskan pada 8 Jun lalu. Ia disusuli tiga pekerja bot ikan warga Indonesia diculik lima lelaki bersenjata di perairan Sahabat 16, Lahad Datu pada 9 Julai lalu.

Pada 18 Julai lalu lima kru kapal tunda warga Malaysia Serudong 3 diculik di perairan Dent Heaven di Lahad Datu, ketika perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082