Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kereta Hilang Kawalan Rempuh 11 Motosikal

$
0
0

6816aisyah1_1470471399

 

Putrajaya: Kereta hilang kawalan lalu merempuh 11 motosikal diletakkan di tepi jalan di Jambatan Sri Gemilang, Presint 4 Putrajaya, 1.30 pagi kelmarin.

Kejadian itu turut menyebabkan lima mangsa lelaki berusia 16 hingga 19 tahun yang berada di tempat kejadian cedera.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku disebabkan pemandu lelaki Proton Perdana berusia 27 tahun hilang kawalan serta melanggar Honda Civic.

“Akibatnya, Proton Perdana berkenaan terbabas serta merempuh 11 motosikal yang diletakkan di tepi jalan di jambatan berkenaan.

“Ketika rempuhan berlaku, ada beberapa orang di atas motosikal berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemandu Proton Perdana ditahan serta diberi jaminan manakala, hasil ujian air kencing adalah negatif.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, mangsa cedera menerima rawatan di Hospital Putrajaya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082