Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Rasuah Bauksit Haram: SPRM Jangka Ada Tangkapan Lagi

$
0
0

MACC-bauksit

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan baru dibuat melibatkan beberapa individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam memberi perlindungan kepada aktiviti perlombongan haram bauksit di Pahang.

“Kita tidak menolak akan ada suspek lain yang akan ditahan untuk bantu siasatan berhubung kes semalam susulan hasil daripada maklumat terbaru yang kita terima.

“Pegawai SPRM kita kini sedang mengesan individu lain termasuk orang tengah serta individu lain dan sebagainya untuk disoal siasat,” kata Azam kepada BNBBC.my pada Jumaat.

Ketika ditanya mengapa tangkapan hanya berjaya dilakukan selepas arahan pemberhentian ke atas aktiviti perlombongan bauksit di kawasan tersebut diumumkan kerajaan, Azam secara tegas berkata ianya hanya satu kebetulan.

Ini kerana SPRM katanya telah mula bergerak secara aktif menyiasat aktiviti rasuah sejak pertengahan tahun lalu dan bertindak setelah mendapat maklumat yang jelas berhubung terdapatnya unsur-unsur rasuah di kawasan berkenaan.

“Nak kata apabila kerajaan suruh tutup baru ada tangkapan, saya kira tidak juga kerana kita hanya akan lakukan tangkapan jika maklumat yang diberikan mencukupi.

“Hanya kebetulan sewaktu tangkapan dibuat arahan menutup sementara aktiviti perlombongan sudah dibuat,” katanya.

Justeru orang ramai diseru tampil memberikan maklumat kepada SPRM jika mereka rasakan terdapat aktiviti melibatkan rasuah dimana-mana kawasan berdekatan mereka.

“SPRM tidak boleh bertindak sendiri. Kalau tidak ada orang beri maklumat kepada kita, kita tidak tahu dan kita tak boleh nak siasat. Jangan takut beri maklumat kepada kita. Kita akan lindungi semua maklumat,” katanya.

Semalam empat pegawai kanan dan anggota Pejabat Tanah Galian (PTG) Kuantan ditahan SPRM pada Rabu kerana dipercayai menerima suapan bagi membenarkan kegiatan bauksit haram.

Mereka yang berusia antara 30 hingga 38 tahun, ditahan di sekitar daerah tersebut antara jam 6 petang hingga 9 malam dan akan direman sehingga 14 Januari.

Azam berkata pihaknya turut menemui wang berjumlah kira-kira RM100,000 yang disembunyikan seorang daripada suspek di dalam mesin basuh di rumahnya.

-BNBBC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles