Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Keji…Wanita Diberi Dadah, Dirogol Dan Disumbat RM20 Dalam Kemaluan

$
0
0

polis-jenayah1

KUCHING: Seorang pembantu jualan wanita, mengalami pengalaman yang menakutkan apabila dia diberikan dadah sebelum dirogol oleh saudara rakan serumahnya dalam satu kejadian yang berlaku pada Rabu malam.

Lebih keji, selepas jenayah rogol itu berakhir, perogol menyumbatkan wang sebanyak RM20 ke dalam kemaluan mangsa.

The New Straits Times melaporkan, kejadian itu berlaku di rumah sewa mangsa di Taman Seng Goon, kira-kira pukul 7 malam.

Kejadian itu berlaku apabila lelaki terbabit yang merupakan saudara rakan serumah mangsa dan berusia 31 tahun, telah merempuh masuk ke bilik wanita itu dan menyerangnya. Walaupun mangsa cuba melawan namun gagal dan dia turut diikat.

Suspek juga mengacukan pisau ke arah mangsa dan kemudian memasukkan beberapa biji pil secara paksa ke dalam mulut mangsa serta memaksanya menelan pil berkenaan.

Selepas mangsa berada dalam keadaan separa sedar, lelaki itu merogolnya berulang kali sampai ke pagi. Lelaki itu mengakhiri jenayahnya dengan menyumbatkan wang RM20 ke dalam kemaluan mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, suspek telah ditangkap di rumahnya di Kampung Mongkos di Tebakang, semalam.

Polis juga, katanya turut merampas pisau dan tali pinggang yang digunakan dalam serangan terbabit. Difahamkan suspek bertindak agresif susulan kegagalan hubungan dengan bekas teman wanitanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 kanun keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082