Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Kenalpasti 2 Individu Curi Kereta Che Ta

$
0
0

image

 

SUBANG JAYA – Polis mengenalpasti dua individu yang melarikan kereta MPV milik pelakon Rozita Che Wan yang dilapor hilang dari tempat letak kereta kondominium dihuninya di USJ 11, di sini semalam.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta menyedari kehilangan Toyota Vellfire berwarna hitam miliknya kira-kira jam 9 pagi ketika ingin keluar ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, turut dilapor hilang barangan berharga termasuk beg tangan dan kasut milik pelakon Kiah Pekasam tersebut.

Menurutnya, jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan dan ia masih dalam siasatan.

Mohammad Azlin berkata, polis menerima laporan mangsa meninggalkan kenderaan tersebut di tempat letak kereta kondominium kira-kira jam 3 pagi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam gerak-geri dua suspek membawa lari kenderaan itu setelah melanggar palang keselamatan di pintu pagar kondominium kira-kira jam 4 pagi.

“Bagaimanapun identiti suspek tidak dapat dikenalpasti berikutan rakaman yang tidak jelas.

“Mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 11 pagi selepas menyedari kehilangan kenderaannya dua jam sebelum itu.

“Polis akan berusaha mengenalpasti suspek terlibat, kami juga minta mereka yang terlihat kenderaan milik mangsa dengan nombor pendaftaran WWQ 93 berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran untuk memberi maklumat,”katanya.

Beliau berkata, sehingga petang semalam tiada laporan polis diterima daripada pengawal keselamatan kondominium tersebut. Kes disiasat bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Dalam akaun laman sosial milik pelakon itu, Che Ta meminta orang ramai supaya memberi maklumat sekiranya ternampak kereta miliknya yang dilapor hilang.

“Tolong…tolong…tolong…sesiapa yang ternampak Vellfire warna hitam nombor plat WWQ93 sila hubungi Afeeq… Vellfire milik Rozita Che Wan telah dicuri oleh insan yang tidak bertanggungjawab pagi tadi (semalam). Diharap semua pihak dapat repost dan membantu untuk viralkan.

Semoga segalanya dipermudahkan dan Che Ta dapat semula kereta tersebut. Thank You (terima),”katanya dalam status dimuat turut kira-kira jam 12 tengahari.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082