Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Beranak Ditahan Usahakan Ladang Ketum

$
0
0

daun-ketum

 

Jempol: Dua beranak berusia 36 dan 53 tahun ditahan selepas polis menyerbu sebuah ladang yang dijadikan tempat menanam ketum di FELDA Lui Selatan, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata dua beranak itu ditahan ketika operasi bermula 9 pagi.

Beliau berkata, mereka ditahan ketika leka menanam pokok itu.

“Siasatan mendapati, dua beranak itu mengusahakan tanaman berkenaan sejak lebih setahun lalu atas tanah rizab milik FELDA.

“Terdapat dua jenis ketum yang ditanam, ketum jambu dan daun merah yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan.

“Mereka mengusahakan tanaman berkenaan di atas tanah seluas 0.2 hektar dan anak benih diperolehi dari Selangor dan Kedah.

“Selain dijual dalam bentuk cecair, mereka menjual daun kering untuk pasaran ke daerah ini dan berhampiran,” katanya ketika ditemui dilokasi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles