Image may be NSFW.
Clik here to view.
KOTA TINGGI: Polis mengesahkan punca kematian nenek berusia 76 tahun yang dibunuh cucunya disebabkan tikaman tepat ke bahagian abdomen mangsa berdasarkan laporan bedah siasat semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata bedah siasat mayat Maimon Abdul Samad yang bermula jam 9.40 pagi di Hospital Sultan Ismail (HSI) itu mendapati tikaman di perut sebelah kanan menyebabkan ia mengenai paru-paru pembuluh darah.
“Semasa suspek memenggal kepala dan memotong kedua belah tangan dan kaki mangsa sudah pun meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Rahmat berkata, proses bedah siasat dijalankan Pakar Patologi, Dr Rohayu Shahar Adnan.
Sementara itu, jenazah Maimon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Sibol dan Penggeli Timur di sini, petang semalam.
Jenazah yang tiba dari Hospital Sultan Ismail (HSI) ke kediaman di Jalan Biru 1, FELDA Penggeli Timur di sini pada jam 3.45 petang itu disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan dan dikebumikan pada jam 5.30 petang.
Kira-kira 100 ahli keluarga termasuk penduduk kampung, kakitangan dan pengurusan FELDA hadir bagi menziarahi dan sama-sama menyempurnakan solat jenazah.
Terdahulu, suspek yang juga cucu kepada Maimon itu ditahan reman tujuh hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan polis.