Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Leka Main Pokemon Go, 2 Lelaki Cedera Dilanggar Kereta

$
0
0

po1.transformed

 

SUNGAI PETANI – Seorang jurujual dan pengurus kilang mengalami cedera ringan akibat dirempuh sebuah kereta ketika dia bersama rakannya sedang bermain aplikasi Pokemon Go, di hadapan sebuah kedai dekat Jalan Bakar Arang, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi apabila mangsa, Tan Chin Kang, 35 dan rakannya, Teoh Koon Ee, 30, berdiri di hadapan sebuah kedai di situ sambil bermain aplikasi Pokemon Go.

“Tiba-tiba datang sebuah Proton Wira melanggar mereka berdua dan terus meninggalkan tempat kejadian.

“Selepas kejadian, pemadu kereta terbabit dipercayai meninggalkan tempat kejadian.

“Akibat daripada kecederaan itu, kedua-dua rakan mengalami luka di kaki, muka, kepala, tangan. Mereka didapati mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim,” katanya.

Justeru itu, Md Zukir berkata berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles