Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Bangladesh Dibelasah Intai Anak Dara

$
0
0

KEMAMAN 12 AUGUST 2016. Seorang  lelaki warga  Bangladesh cedera teruk dikepala dan  badan  dibelasah penduduk  kampung  kerana dikatakan mengintai anak dara di Kampung Mak Chili. STR/SHAMSUDIN HUSIN

 

CHUKAI: Gara-gara mengintai anak dara, seorang warga Bangladesh menerima padah ditangkap dan dibelasah penduduk kampung hingga lembik sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung Mak Chili, Chukai, Rabu lalu, seorang penduduk kampung melihat suspek sedang mengintai anak dara di sebuah rumah sambil memegang kemaluannya.

Penduduk terbabit kemudian memaklumkannya kepada beberapa penduduk lain yang kemudian mengepung suspek, menangkap dan memukulnya.

Sumber berkata, gerak-geri lelaki itu diperhatikan penduduk sejak beberapa hari lalu dan menimbulkan kebimbangan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, suspek yang ditangkap penduduk kampung diserahkan kepada polis. “Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles