Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Budak Cemas Kaki Tersangkut Dalam Lubang Tandas

$
0
0

Anggota bomba memakaikan topi bomba kepada mangsa dalam usaha memujuknya yang menangis sebelum memecahkan sebahagian lantai dan lubang tandas untuk mengeluarkan kakinya.

 

KUALA KUBU BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun menempuh detik cemas lebih sejam apabila kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Jalan Mawar 2, Bukit Beruntung di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa dipercayai ke tandas untuk membuang air kecil sebelum tergelincir menyebabkan kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas separas buku lali dan gagal dikeluarkan.

Sepasukan bomba terdiri dari seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.20 tengah malam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie, berkata pihaknya terpaksa memecahkan sebahagian lantai serta lubang tandas menggunakan peralatan khas dalam usaha untuk mengeluarkan kaki mangsa.

“Sebelum itu, kami terpaksa memujuk mangsa yang menangis dan selepas dia dapat ditenangkan, kami mula memecahkan lantai dan lubang tandas menggunakan peralatan khas.

“Selepas hampir sejam, kita berjaya mengeluarkan kaki mangsa dan selepas diperiksa, hanya terdapat sedikit calar dan lebam pada kaki yang terperosok,” katanya ketika dihubungi BH, tadi. Menurut Rosdi, anggotanya turut memberi rawatan awal kepada kanak-kanak itu di tempat kejadian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082