Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Beranak Mati Lemas Kereta Terhumban Dalam Parit

$
0
0

BATU PAHAT  16 AUGUST 2016( BH / METRO JB082H )  Anggota bomba berusaha mengeluarkan dua beranak maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit  di Jalan Rejosari, berhampiran Senggarang, Batu Pahat.  NSTP/IHSAN BOMBA JOHOR

 

Batu Pahat: Dua beranak maut akibat lemas selepas terperangkap di dalam kereta Toyota Camry yang terhumban ke dalam parit berhampiran Jalan Rejosari, Senggarang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Ng Cheng Ley, 46, dan anak lelakinya, Ng Yin Xuan, 20.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mereka sedang dalam perjalanan dari arah Rengit ke Parit Botak, di sini.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu Cheng Ley bagaimanapun hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum terjunam ke dalam parit berhampiran menyebabkan mereka terperangkap serta lemas.

“Mangsa dikeluarkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rengit sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke hospital bagi dibedah siasat,” katanya.

Menurut Abdul Wahid, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rengit Heza Haris berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kemalangan terbabit pada jam 3.20 petang.

Menurutnya, satu jentera membabitkan empat anggota kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 3.34 petang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082