Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Parah Kereta Terperosok Bawah Treler

$
0
0
19pero_1471485740

Sumber myMetro

 

Subang Jaya: Seorang lelaki parah akibat tersepit selepas kereta dinaikinya terperosok di bawah treler dalam kejadian di Subang Bistari, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kereta jenis Proton Wira dinaiki mangsa bersama seorang wanita itu dikatakan hilang kawalan sebelum kenderaan mereka merempuh treler berkenaan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.49 pagi tadi sebelum mengerakkan anggota ke lokasi kejadian.

“Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati seorang lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu sebelum bertindak membantu mangsa keluar dari kereta berkenaan,” katanya.

Rakannya yang berjaya keluar dengan sendiri dari kenderaan terbabit turut mengalami kecederaan.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082