Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Anggota Tentera Cedera Ditikam Rakan Setugas

$
0
0

shutterstock_55695664

 

MELAKA: Seorang anggota tentera dari Rejimen 3 Semboyan Diraja (RSD) cedera di bahu kiri dan dada selepas dipercayai ditikam rakan setugasnya di bangunan kuartermaster pasukan itu di Kem Terendak, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 10.10 malam itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham, menyebabkan suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan senjata tajam.

Kedua-dua suspek dan mangsa berusia sekitar 20-an. Sumber berkata, perbalahan antara suspek dan mangsa disebabkan hal peribadi sebelum berlaku pergelutan di antara mereka sehingga mangsa cedera parah di bahu dan dada.

“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Kem Terendak, sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. “Sejurus selepas itu, suspek ditangkap dan ditahan di bilik tahanan pasukan di kem berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Jurucakap Sel Perhubungan Awam Tentera Darat ketika dihubungi BH sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca pergaduhan itu.

“Mangsa dilaporkan stabil dan siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum tindakan dikenakan terhadap kedua-dua anggota terbabit,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082