IPOH: Polis ingin menghubungi ahli keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah kotak di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru, di sini pada 30 Julai lalu.
Kanak-kanak itu kini kritikal di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas dipercayai mengalami pendarahan dalaman.
Jurucakap Bahagian Siasatan Seksual / Keganasan Rumah Tangga / Penderaan Kanak-Kanak (D11) Ipoh, berkata kanak-kanak terbabit ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis.
Waris kanak-kanak berkenaan atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi polis di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629.