Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Maut Terbabas Ke Dalam Tali Air

$
0
0
bt_01.1

Sumber Kosmo

 

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam tali air di Batu 6, Jalan Datuk Kumbar di sini hari ini.

Mayat Muhammad Alif Najmi, 16, ditemui di dalam kereta oleh anggota bomba dan penyelamat kira-kira pukul 9.45 pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nurhafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita mendapati terdapat sebuah kereta jenis Honda Ferio terbalik di dalam tali air.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu menemui seorang mangsa yang telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles