Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

MPK Saman Dan Minta Pengusaha Pesta Samak Buaian

$
0
0

image

Chukai: Pengusaha pesta ria di Padang Astaka, di sini, disaman Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), hari ini kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam selepas mengurung anjingnya dalam buaian ketika kerja memasang roda ferris.

Selain itu, MPK turut mengarahkan supaya pengusaha tapak pesta ria berkenaan turut menyamak buaian terbabit.

Yang Dipertua MPK Rosman Roslan mengesahkan pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap pengusaha pesta ria terbabit.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan selepas gambar perbuatan pengusaha terbabit viral di laman sosial sejak semalam.

“Kita minta pengusaha dapat patuh terhadap semua syarat lesen yang diluluskan kerana ia membabitkan sensitiviti penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam,” katanya.

– HM


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082