Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Minta Pelanggan Polis Pengiring Palsu Tampil Bantu Siasatan

$
0
0

pdrm_0
KUALA LUMPUR: Polis menyeru orang ramai yang pernah menggunakan khidmat dua individu menyamar sebagai polis trafik untuk mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran tertentu, tampil membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa, suspek dipercayai telah menjalankan kegiatan itu sekurang-kurangnya empat kali dengan bayaran RM100 bagi setiap perjalanan.

“Kedua-dua suspek yang ditahan Selasa lepas, dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Jumaat lepas setelah tamat tempoh reman. Kes akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Tajudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes dua lelaki yang ditahan kerana
menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, pada Selasa lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis percaya terdapat beberapa lagi individu terlibat dengan kegiatan itu, selain menyiasat daripada mana suspek memperoleh pelanggan.

Selasa lalu, dua lelaki berusia 38 tahun ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, di Jalan Bukit Bintang di sini.

Difahamkan kedua-dua suspek itu menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBX 750, yang menyerupai motosikal milik anggota polis trafik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082