Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pegawai GLC Diikat Jamin RM300,000 Berhubung Kes Rasuah

$
0
0

KOTA BHARU 28 AUGUST 2016. Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi seorang pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kota Bharu yang berusia 47 tahun selepas dibebaskan dengan jaminan RM300,000 di Mahkamah Majistret dengan seorang penjamin. Sebelum ini suspek direman sejak 16 Ogos lalu dan berakhir hari ini berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram. NSTP/SYAMSI SUHAIMI

 

KOTA BHARU: Seorang pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini yang direman 13 hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram, dibebas dengan jaminan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri membebaskan lelaki berusia 47 tahun itu dengan jaminan RM300,000 dan seorang penjamin. Lelaki terbabit direman sejak 16 Ogos lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, reman ke atas seorang jurutera di syarikat GLC sama dilanjutkan lima hari lagi, manakala dua lagi juruteknik dibebaskan dengan jaminan SPRM.

BH sebelum ini melaporkan seorang pengarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Melaka bergelar Datuk dan seorang pengurus GLC di Kelantan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082