Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Peniaga Mengaku Sengaja Cetus Kekecohan Di Restoran Nasi Kandar

$
0
0

ANGGOTA polis membawa seorang perniaga Wan Rusli Wan Zain, 48, (kanan) yang didakwa atas kes ugut restoran Nasi Kandar Deen, Jalan Jelutong pada 27 Ogos yang lalu di Mahkamah Jenayah Majistret 2 Pulau Pinang. - Foto Mikail Ong

 

GEORGETOWN: Seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini, terhadap dua pertuduhan sengaja menakut-nakutkan dan merosakkan harta di sebuah restoran nasi kandar di sini, Khamis lalu.

Tertuduh, Wan Rosli Wan Zain, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Jenayah, Muna Maria Azmi.

Mengikut pertuduhan pertama, Wan Rosli didakwa menakut-nakutkan secara jenayah terhadap Abdul Alin Habib Rahuman dengan ugutan menyebabkan kebinasaan harta di Restoran Nasi Kandar Deen di Jelutong pada jam 12.20 tengah malam, 26 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Wan Rosli dituduh melakukan khianat iaitu sengaja mendatangkan bencana ke atas mesin tunai dan cermin rak makanan sehingga menyebabkan kerugian RM3,000 di restoran pada masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin manakala Cheah Eng Soon mewakili Wan Rosli. Muna Maria membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 15 September ini sebagai tarikh fakta hukuman.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles