Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Budak 2 Tahun Maut Akibat Didera

$
0
0

Child-Abuse-and-Neglect

 

DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia, dipercayai didera di sebuah rumah di Paka, semalam.

Nudzirah Nur Safiah Sabarudin yang dipelihara oleh kakak dan abang iparnya kerana ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari.

Mangsa dibawa oleh kakak dan abang iparnya ke Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 3 petang. Sebaik tiba di klinik itu, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan lebam di beberapa bahagian badan dan kaki mangsa. Berikutan itu, pegawai perubatan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Paka pada jam 3.45 petang.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun, jam 7 malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082