Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

7 Pasangan Dicekup Dalam Operasi Ambang Merdeka

$
0
0

JOHOR BAHRU 31 AUGUST 2016. ( BH JBH888F / METRO JB280H ) (TOLONG KABURKAN MUKA OKT)  Anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) memeriksa sepasang kekasih yang disyaki melakukan khalwat dalam Operasi Ambang Merdeka di sebuah hotel bajet di Masai, Pasir Gudang. NSTP/HAIRUL ANUAR ABD RAHIM

 

PASIR GUDANG: Taktik mendaftar masuk hotel menggunakan nama bangsa lain terbongkar selepas pasangan remaja berusia 17 dan 19 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dalam serbuan di hotel bajet, di sini, pagi tadi.

Dalam serbuan jam 2.57 pagi itu, hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu dipercayai bersekedudukan tanpa ikatan sah di bilik hotel.

Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Mohd Hafiz Abdul Rahman, berkata pasangan berkenaan antara 15 individu yang ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar hotel bajet di Masai dan Seri Alam, dekat sini, dalam operasi Ambang Merdeka selama empat jam bermula 12 malam tadi.

Katanya, semua mereka ditahan berusia antara 17 hingga 48 tahun termasuk pasangan warga Indonesia. “Hasil pemeriksaan mendapati ada antara hotel yang diserbu ini tidak memberikan kerjasama, malah melindungi pelaku kesalahan, selain cubaan mengaburi pihak JAIJ dari melaksanakan tugas.

“Serbuan diadakan di lokasi terpilih bertujuan membanteras aktiviti tidak bermoral terutama kepada individu yang mengambil kesempatan ketika cuti umum ke hotel tertentu di kawasan ini,” katanya selepas Operasi Ambang Merdeka membabitkan 20 anggota JAIJ.

Mohd Hafiz berkata, semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bagi urusan laporan dan dokumentasi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) a dan b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat, yang boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082