Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Mayat Bayi Dijumpai Di Tempat Wudhu Masjid

$
0
0

baby1

 

KUANTAN – Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di Masjid Kampung Baru, Bentong dekat sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan S.Somu berkata, mayat itu disedari bilal masjid yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Subuh.

“Mayat bayi tersebut yang berbalut dengan kain dijumpai di tempat mengambil wuduk. Ia dipercayai ditinggalkan antara pukul 10.30 malam pada 31 Ogos hingga 5 pagi tadi,” katanya kepada pemberita.

Mayat itu telah dihantar ke Hospital Bentong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mayat itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Bentong, Asisten Superintenda Ashari Abu Samah di talian 09-2222222. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082