Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Juruteknik Tak Mengaku Rogol Remaja 14 Tahun

$
0
0

81415672709_freesize

 

MELAKA – Seorang juruteknik berusia 21 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di dalam tandas awam di Batu Berendam pada Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Al-Hafis Yahya dari Taman Seri Bertam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol remaja berusia 14 tahun di tandas awam perempuan kira-kira pukul 11.30 pagi, sekitar Februari hingga Mac lalu.

Tertuduh didakwa megikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082