Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Derita Jari Membengkak Gara-Gara 4 Cincin Melekat

$
0
0

CINCIN_LEKAT.transformed

 

SARATOK: Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama beberapa hari selepas empat cincin yang disarung pada jari telunjuknya gagal ditanggalkan sehingga menyebabkan jarinya membengkak.

Berikutan itu, lelaki berusia 22 tahun itu yang cuba mendapatkan bantuan pihak Hospital Betong terpaksa dirujuk kepada bomba untuk memotong semua cincin terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, jari lelaki berkenaan semakin membengkak selepas beliau menggunakan pelbagai kaedah untuk menanggalkan semua cincin berkenaan.

“Buntu dan bimbang jari yang semakin membengkak selain tidak mampu menahan kesakitan, lelaki terbabit pergi ke Hospital Saratok meminta bantuan menanggalkan cincin.

“Bagaimanapun, pihak hospital tiada peralatan khas menyebabkan pihak bomba dipanggil untuk memotong cincin yang tersangkut,” katanya. Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong empat cincin yang tersangkut pada jari lelaki terbabit.

“Operasi bantuan khas memotong cincin itu perlu dilakukan berhati-hati dan teliti agar tidak mencederakan lelaki itu,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles


FORMAT BAHARU SPM – BINA KARANGAN BERDASARKAN PERIBAHASA YANG DIBERIKAN.


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Novel : Kahwin Ganti 2


MBKS guna WhatsApp terima aduan orang ramai


Pantun Dari Kerana Mata....


Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik


Restoran Nur, Sri Gombak


Video Lucah Persis Zul Ariffin Tersebar; Kelab Peminat Mohon Sokongan,...


Kasut Travel Paling Selesa